Ajaran Madhavācārya Madhvacharya

Madhavācārya mengutarakan dualisme and realisme. Falsafahnya menerima pañcabheda atau lima jenis perbezaan yang benar dan tetap, iaitu:

  • Tuhan atau Īśvara adalah berbeza daripada Jiwa
  • Tuhan juga berbeza daripada benda-benda tidak bergerak atau Jaḍa.
  • Setiap Jiwa berbeza antara satu sama lain
  • Jiwa berbeza daripada Jaḍa
  • Setiap Jaḍa berbeza antara satu sama lain.

Menurut Madhvā, Nārāyaṇaialah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Semua dewa-dewi lain bukan Tuhan tetapi jiwayang sempurna. Manusia boleh membebaskan dirinya daripada kitaran samśara dengan memupuk iman dan mendapatkan rahmat Tuhan. Ini dipanggil sebagai Mukti.

Falsafah Madhvā telah berkembang di Orissadan Bengal Timur, India di kalangan pengikut GauḍiyaVaiṣṇava.Satu cabang Gauḍiya Vaiṣṇava kini dikenali sebagai pertubuhan ISKCON.

Bhakti

  • Sri Madhva menerima Bhagavata Purana sebagai sumber utama ajarannya. Menurut Bhagavata Purana, Bhakti mempunyai sembilan aspek atau langkah iaitu: Sravanam, Kirtanam Visnor Smaranam Pada-Sevanam / Arcanam Vandanam Dasyam, Sakhyam Atma-Nivedanam //
  • Mendengar tentang keagungan Tuhan, nyanyian bersama kemuiiaan-Nya, memikirkan-Nya dengan mengulangi nama-Nya, memuja-Nya dengan berkhidmat kepada masyarakat, menyembah berhala-Nya, menyembah kewujudan-Nya dalam semua hidupan, menjadi hamba-Nya, menjalin keintiman dengan-Nya, berserah pada-Nya,
  • Menurut Sri Madhva, Bhakti bermaksud:

Mahatmya jnana purvas tu suaranah sarvato'dhikah /

snehah bhaktir iti proktah taya muktir na ca'nyatha //

Bhakti ialah aliran cinta yang tidak terputus kepada-Nya. Aliran ini bermula dengan pemahaman mendalam tentang keagungan-Nya, kekuasaan Entiti yang Bebas yang menjadi tunjang alam semesta. Cinta menjadi akar umbinya dan Tuhan menjadi perkara yang tidak ternilai.